‘Kos perolehan’ adalah kos yang diperlukan untuk membangunkan sistem aplikasi.
2. Apa maksud ‘Kos pengoperasian’?
‘Kos pengoperasian’ adalah kos yang diperlukan untuk pembelian perkakasan bagi sistem yang dibangunkan. Contohnya, kos server, kos hosting, cloud atau sebagainya.
3. Apa maksud ‘Penempatan sistem’?
‘Penempatan sistem’ adalah tempat di mana sistem akan diletakkan setelah siap dibangunkan sama ada di PTM, di PTj atau di luar UKM.
4. Apa maksud ‘Perihal hos’?
‘Perihal hos’ adalah nama perkhidmatan yang akan menghoskan aplikasi yang telah siap dibangunkan. Contohnya adalah seperti di server PTM, di hosting luar atau di server cloud di luar. Jika diletakkan di hosting atau server cloud di luar, nyatakan nama hosting atau syarikat yang menawarkan khidmat tersebut.
5. Apa maksud ‘Keperluan sandaran’?
‘Keperluan sandaran’ bermaksud sistem yang dibangunkan perlu di sandarkan (backup) dan bagaimana sandaran tersebut dilakukan.
6. Apa maksud ‘Off the shelf’?
Sistem 'Off the shelf' bermaksud sistem yang telah siap dibangunkan dan hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian sebelum dibeli.